TIDAK SENGAJA BUANG CINCIN BERLIAN, 30 JAM SELONGKAR TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH
BANGKOK: Seorang wanita terpaksa menyelongkar tapak pembuangan sampah selepas secara tidak sengaja membuang cincin berlian bernilai lebih 400,000 baht (RM52,000), lapor Bangkok Post. Seorang wanita Bangkok yang mahu dikenali sebagai Ning, 36, menyiarkan video menerusi dalam talian pengalamannya itu, selain turut memberikan amaran kepada orang lain. Hantaran itu mencapai lebih dua juta tontonan menerusi TikTok…