PESARA NAFI PUKUL ADIK IPAR HINGGA PATAH TANGAN
Pesara dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap adik iparnya dengan menggunakan tongkat besi, November tahun lalu. Tertuduh, Hasnor Jaafar, 53, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas dibacakan dan diterangkan pertuduhan itu di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail. Mengikut pertuduhan dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah…