NASIHAT DAN TIPS UNTUK BERHENTI MEROKOK

NASIHAT DAN TIPS UNTUK BERHENTI MEROKOK

Datuk Dr, Zaini Hussin, Pengarah JKNK, mengulas mengenai nasihat dan tips untuk berhenti merokok.

“Untuk orang ramai di luar sana pertama marilah kita jadikan masyarakat kita khususnya masyarakat kelantan ini bebas daripada asap rokok. Jadi kita jadikan sebagai generasi masa depan mereka yang tidak merokok dan untuk itu kita mesti bermula daripada diri kita sama ada kita sebagai ibu bapa, ketua keluarga ataupun kita sebagai individu sendiri. Kita mesti bermula hari ini dan apakah harapan kita ialah untuk pastikan bahawa suatu hari nanti generasi-generasi yang ada khususnya di negeri kelantan ini bebas daripada rokok kerana ia boleh membantu daripada segi pertamanya kualiti kehidupan individu itu sendiri, ekonomi keluarga dan juga kos rawatan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan yang terlalu besar boleh kita kurangkan dan ini akan dapat mengelakkan pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku kepada kita, negara dan Masyarakat.

“Untuk yang berhenti merokok pertamanya sesuatu yang sesetengah orang kata sukar untuk melaksanakan, tetapi ada mereka yang sudah berjaya, ini menunjukkan bahawa bukanlah sesuatu yang mustahiluntuk kita berhenti tabiat merokok, sama ada mereka itu baru merokok ataupun perokok tegar, tetapi apa yang penting ialah kita mesti mempunyai keazaman yang kuat dan juga disiplin yang tinggi untuk kita berhenti merokok. Jadi kita mempunyai sasaran bila untuk kita berhenti merokok kerana tanpa azam, tanpa sasaran mustahil kita dapat merencanakan sesuatu yang ingin kita laksanakan. Jadi pada masa yang sama kita juga memerlukan sokongan persekitaran sama ada sokongan itu daripada keluarga kita, daripada rakan-rakan kita dan juga masyarakat kerana sokongan daripada luar ini sedikit sebanyak dapat memperkuatkan motivasi individu untuk berhenti merokok. Jadi, pada masa sama kita di klinik kesihatan dan juga hospital menawarkan klinik berhenti merokok, di mana pakar-pakar kita akan memberi kaunseling dan jika perlu untuk mereka mendapatkan ubat-ubatan yang boleh membantu berhenti merokok. Jadi bantuan-bantuan ini insyaallah dengan keazaman yang kuat daripada individu dan juga menetapkan sasaran yang munasabah insyaallah kita dapat berhenti merokok. Jangan lupa juga lah daripada usaha-usaha kita ini, atau diri sendiri atau jabatan kesihatan kita juga perlu berdoa untuk memastikan apa yang kita laksanakan itu dapat dicapai dengan berkesan, jadi, keazaman yang penting, bantuan masyarakat yang penting dan juga doa untuk memastikan bahawa kita bebas daripada tabiat yang tidak sepatutnya kita lakukan untuk kesejahteraan masyarkat dan generasi akan datang”, katanya.

IMEDIKEL TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *