TIPS PENJAGAAN TUMIT KAKI DARIPADA MEREKAH

TIPS PENJAGAAN TUMIT KAKI DARIPADA MEREKAH

Menurut ahli farmasi I Medikel, Nurul Shuhada Hamidon, terdapat beberapa tips penjagaan tumit kaki merekah.

  • Betul ke berdiri terlalu lama boleh menyebabkan tumit kaki merekah?

“Betul, sebab nya merekah ni saya kata sebab disebabkan oleh kulit kaki yang kering jadi bilamana orang yang berdiri lama, pressure itu akan menekan tumit kaki kita itu menyebabkan pressure la dan dia geseran kan bila mana geseran itu berlaku ia boleh menjadi cedera ataupun trauma pada kulit kita sebab itu la ia menjadi kering jika tidak dirawat ia menjadi tebal and then akhirnya boleh menyebabkan rekahan dan boleh menyebabkan luka la jika tidak dirawat”, Nurul Shuhada Hamidon, Ahli Farmasi I Medikel TV.

  • Ada sesetengah orang cakap, betul ke kena pilih kasut atau selipar yang sesuai untuk elak tumit kaki merekah?

“Betul juga sebabnya kembali juga kepada asalnya ialah kulit kering itu tadi jadi sebabnya bila mana kita pakai kasut atau seliper yang terlalu ketat menyebabkan pressure geseran pada tumit kaki itu lebih kuat jadi bila mana geseran itu kuat dia boleh terluka la kemudian berlaku la rekahan tersebut”, katanya.

  • Betul ke pemilihan sabun juga memainkan peranan?

“Betul, sabun bila mana sebut pasal kulit ini sabun ini bergantung juga kepada orang kalau dia mengalami masalah kulit sensitif jadi dia perlu mengambil sabun yang PH dia antara lima hingga tujuh, yang tu untuk orang yang kulit sensitif memang sangat sesuai la sebab ia tidak menghakis la kita sebut menghakis dan tidak menyebabkan keradangan la pada kulit.”

IMEDIKEL TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *