Ahli Farmasi I Medikel Nurul Shuhada Hamidon menjawab beberapa persoalan yang diajukan oleh pihak IMedikel TV berkaitan dengan penyakit HFMD.
1.Adakah berkongsi barangan kebersihan boleh cenderung kepada HFMD?
Ya, sebab bila kita berkongsi kita menyentuh alat kebersihan ini kan, dia macam saya kata tadi jangkitan ini berlaku daripada air liur, daripada hingus kemudian benda-benda tu ada pada alat kebersihan ini jadi bila kita kongsi kemungkinan berisiko untuk kita dapat tu lebih tinggi.
2.Adakah tabiat si kecil memasukkan tangan ke dalam mulut boleh tingkatkan risiko penyakit itu?
Betul, anak-anak yang suka masukkan tangan dalam mulut ini dia tabiat la untuk budak-budak kecil kan kita tak boleh nak kontrol benda tu jadi memang akan meningkatkan risiko untuk dapat sebab bila dia sentuh mana-mana permukaan yang dijangkti virus mudah dan lagi bila mana tabiat itu masuk ke dalam mulut mudah la virus itu untuk masuk dalam badan anak-anak tersebut la.
3.Adakah penyakit itu menyakitkan dan menghalang anak daripada makan dan minum?
Betul, sebabnya simptom HFMD ini tadi adalah ulser pada mulut, pada lidah dan juga pada tekak, ok mula-mula kita ada ulser kita akan rasa pedih kita nak makan ke minum kita memang akan rasa sakit sebab itu la anak-anak akan kurang selera makan jadi itu la kena tengok tanda-tanda dehidrasi itu tadi.
IMEDIKEL TV