Ahli Farmasi I Medikel Nurul Shuhada Hamidon berkongsi tips elak penyakit berjangkit musim banjir.
1.APAKAH LANGKAH PENJAGAAN DAN KESELAMATAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS MUSIM BANJIR?
“Untuk langkah penjagaan sebelum musim banjir, pertama kali kena ikut arahan pihak berkuasa sekiranya anda diminta untuk berpindah pastikan anda berpindah ke tempat yang selamat dan pastikan orang yang mengambil ubat-ubatan terutamanya pesakit yang mengalami masalah kronik jadi ada sentiasa ubat-ubat yang makan hari-hari.
“Untuk semasa musim banjir macam kita cerita tadi, amalkan kebersihan diri kerap basuh tangan dengan air bersih dan air sabun elakkan mengambil makanan yang sudah terdedah dan takut dicemari oleh kuman-kuman.
“Biasanya selepas musim banjir ini akan banyak takungan-takungan air, bekas yang bertakung air yang boleh menyebabkan peningkatan risiko nyamuk Aedes untuk membiak jadi boleh meningkatkan risiko demam denggi jadi pastikan kita bersihkan buang semua takungan air tersebut dan pastikan membersihkan kawasan banjir itu dengan perlindungan diri pakai boot getah supaya kita tidak terdedah kepada kuman-kuman dan virus yang masih ada di kawasan banjir tersebut”, katanya.
IMEDIKEL TV