Kementerian Perdagangan Dan Dalam Negeri, KPDN telah melancarkan inisiatif Bakul Rahmah melalui Program Payung Rahmah yang telah diperkenalkan oleh kementerian pada tahun ini.
inisiatif itu bagi membantu kumpulan miskin tegar B10 yang berperndapatan kurang RM2500 dan mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh golongan ini.
Inisiatif Bakul RAHMAH ini juga akan dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara dan dijangka akan memberikan manfaat kepada 37,373 Ketua Isi Rumah (KIR) kumpulan miskin tegar dan golongan sasar secara bulanan.
Kementerian akan menggerakkan inisiatif Bakul RAHMAH ini dengan kerjasama bersama Rakan Strategik, Pemain Industri (pasar raya) agensi Kerajaan, Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sebagainya.
Menurut kenyataan media daripada Jabatan Perdana Menteri, KPDN amat berbesar hati untuk menerima sumbangan berbentuk makanan harian daripada semua pihak untuk diagihkan kepada golongan berpendapatan rendah dengan lebih berkesan, konsisten dan bersasar.
Baru-baru ini, KPDN telah menerima sumbangan berbentuk makanan asas daripada Yayasan Global Mesra (YGM) sebanyak 2000 kotak sumbangan, satu kotak sumbangan bernilai RM100.00.
YGM berhasrat untuk mengagihkan bantuan ini kepada empat (4) kawasan yang telah dikenalpasti iaitu di negeri Kedah dan Perak.
Kementerian turut memperkenalkan empat (4) inisiatif di bawah Program Payung RAHMAH iaitu Jualan Rahmah, Pakej Rahmah, Kafe Rahmah dan Menu Rahmah.
inisiatif Bakul Rahmah akan memanfaatkan seramai 124, 578 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar tanpa mengira kaum, bangsa dan agama yang telah dikenalpasti selaras dengan konsep Madani yang mengutamakan kesejahteraan kepada rakyat dengan elemen kasih sayang dan kebajikan tanpa diskriminasi.
Kementerian berhadap lebih ramai pihak industri , pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan dapat bersama Kementerian dalam menjayakan inisiatif Bakul Rahmah ini.
Sumber: Kuala Lumpur