MAGUIRE TIDAK MERUNGUT JADI PEMAIN SIMPANAN

MAGUIRE TIDAK MERUNGUT JADI PEMAIN SIMPANAN

Harry Maguire mungkin hanya beraksi beberapa minit, tetapi pertahanan Manchester United itu tidak mahu ketinggalan dalam meraikan kejayaan menjuarai Piala Liga.

Bek tengah United itu masih kapten kelab dan walaupun kehilangan tempat dalam kesebelasan utama, kemenangan ke atas Newcastle dalam final Piala Liga di Wembley masih menjadi saat istimewa baginya.

Sebahagian peminat menyelar Maguire kerana menjulang trofi bersama Bruno Fernandes – yang memakai lilitan kapten pada final berkenaan – walaupun hanya beberapa minit beraksi.

Maguire, yang masuk pada minit ke-88, bagaimanapun tidak merungut dengan percaturan pengendali, Erik ten Hag, sebaliknya meraikan itu dengan sebaik mungkin.

Tidak seperti salah seorang bekas bintang United sebelum ini, Maguire langsung tidak menghiraukan kritikan ke atasnya dan sentiasa memberikan persembahan terbaiknya setiap kali dimasukkan.

“Perasaan saya tidak bercampur-baur. Sudah lama kelab tidak memenangi trofi, jadi ini hari yang baik untuk kelab dan peminat.

“Saya kapten kelab dan tugas utama saya ialah membawa kelab ini ke hadapan dan membawa kejayaan untuk kelab – ini adalah sebahagian daripadanya.

“Saya mahu bermain dan memimpin rakan-rakan tetapi saya juga faham ini adalah sebahagian daripada bola sepak peringkat tertinggi dan persaingannya sangat sengit.

“Saya juga mahu memberi sumbangan kepada pasukan. Saya mempunyai tanggungjawab besar di atas dan di luar padang, jadi bagi jika dapat membantu. Ia kemenangan penting buat kami,” kata Maguire. 

Sumber: BH Online & AGENSI

— Imedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *