10 MOA AKAN DIMETERAI DENGAN GLC, SYARIKAT KENDALI TVET

10 MOA AKAN DIMETERAI DENGAN GLC, SYARIKAT KENDALI TVET

Kerajaan akan memeterai sebanyak 10 memorandum perjanjian (MoA) bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pihak swasta bagi menambahbaik ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di negara ini, dalam masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata program kerjasama spesifik bersifat ‘quick win’ itu antaranya membabitkan bidang automatif, minyak dan gas, hospitaliti, teknologi penyejuk bekuan serta penyaman udara.

“Seperti mana yang diumumkan melalui Belanjawan 2023, sebanyak 50 MoA disasarkan akan ditandatangani pada tahun ini.

“Namun pada jangka masa terdekat 10 MoA bersama GLC dan syarikat swasta akan dimuktamadkan bagi pelaksanaan TVET…MoA ini akan bertindak sebagai platform kerjasama induk antara GLC dan syarikat swasta dengan kerajaan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdama Menteri (PMQT), di Dewan Rakyat, di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Young Syefura Othman (PH-Bentong) yang mahu tahu strategi baharu kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan program TVET.

Pada masa sama, Fadillah berkata, sehingga kini sebanyak 1,295 institusi TVET merangkumi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) direkodkan di negara ini.

Sumber: BH Online

— Imedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *