20 RIBU NYARIS LESAP DITIPU SCAMMER

20 RIBU NYARIS LESAP DITIPU SCAMMER

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Wang berjumlah RM20,000 milik seorang suri rumah nyaris lesap akibat ditipu scammer yang menggunakan taktik mengaku sebagai Ketua Unit Kawalan Aplikasi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Putrajaya untuk memperdaya orang ramai.

Seorang suri rumah, Nurul Afifah Adnan, 27, dari Subang Jaya, berkata dia menerima panggilan daripada nombor telefon yang tidak dikenali jam 9.30 pagi pada 26 Februari lalu.

“Menerusi panggilan itu, saya didakwa bahawa nama dan nombor kad pengenalan saya terlibat dalam kes pengedaran dadah serta pengubahan wang haram di Perlis dan diarahkan untuk memberikan maklumat peribadi bagi tujuan semakan.

“Saya menafikan dakwaan itu namun mereka juga kononnya menyambungkan talian saya kepada Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (IPD) Bukit Aman dan melalui talian itu saya terpedaya kerana diugut akan ditangkap dalam masa 24 jam,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut ibu kepada seorang anak itu, pihak scammer menegaskan sekiranya ingin menyelamatkan diri, dia perlu memindahkan wang jumlah tersebut ke akaun yang diberikan di sebuah bank di Denai Alam bagi memudahkan pihaknya menyiasat transaksi duit keluar masuk.

“Tanpa berfikir panjang saya keluar membawa anak kecil saya dalam keadaan gelisah tanpa pengetahuan suami kerana diugut untuk tidak memberitahu sesiapa dan mengeluarkan cash berjumlah tersebut,” ujarnya.

Selain itu, katanya dia turut terpedaya sebaik sahaja diarahkan untuk menghantar foto dirinya sebagai bukti berada di bank dan tidak dibenarkan memutuskan talian.

“Walaubagaimanpun, saya sempat menyedari bahawa atas sebab apa saya perlu memindahkan duit ke dalam akaun itu sedangkan saya boleh menyimpannya sendiri, setelah itu saya terus bergegas ke Balai Polis Kampung Baru Subang untuk membuat laporan dan menelefon suami saya,” katanya.

Sehubungan dengan itu, dia berharap orang ramai lebih berhati-hati dengan modus operandi terbaharu scammer.

“Jangan mudah terpedaya dan percaya sekiranya menerima panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali,” jelasnya.

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *