PERUNTUKAN RM5.9 JUTA BINA LRA JELAWAT DILULUSKAN

PERUNTUKAN RM5.9 JUTA BINA LRA JELAWAT DILULUSKAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: Kerajaan Kelantan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5.9 juta bagi kerja pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Jelawat, dengan kapasiti empat juta liter sehari (JLH).

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, loji tersebut akan memberikan kemudahan bekalan air terawat kepada 1,500 akaun khususnya penduduk sekitar Jelawat.

“Saya mengharapkan agar LRA Jelawat dapat beroperasi dengan baik dalam membekalkan air yang berkualiti dan sentiasa memenuhi keperluan pengguna.

“Penggunaan sistem rawatan air yang bebas bahan kimia atau penggunaaan bahan kimia yang minimum akan mengatasi masalah pengurusan pencemaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan LRA Jelawat, di sini, hari ini.

Selain itu, menurutnya, pembinaan LRA Tok Bali yang berkapasiti 50 JLH dengan kos anggaran RM250 juta di bawah Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dijangka siap pada 2027.

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *