Oleh: Afrizam Arif, Imedikel TV
KUALA KRAI: Seorang remaja lelaki, Mohamad Azri Aiman Rosli, 15, ditemukan lemas dan meninggal dunia di Sungai Kampung Lata Pauh, Kuala Krai tengah hari, semalam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohd Razani Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.16 petang.
Jelasnya, seramai tujuh anggota bomba dikejarkan lokasi kejadian.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi di lokasi pada 1.59 tengah hari, Mohamad Azri Aiman tidak sedarkan diri telah dibawa naik ke daratan oleh orang awam sebelum bomba sampai.
“Pasukan operasi juga telah melakukan bantuan penafasan terhadap mangsa sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Beliau berkata mangsa dibawa dengan pengusung menerusi jalan berbatu sekitar dua kilometer dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV