VIVIANAH-NISRINA JULANG POLITEKNIK MALAYSIA

VIVIANAH-NISRINA JULANG POLITEKNIK MALAYSIA

SINTOK: Komitmen tinggi yang dipamerkan Siti Nur Vivianah Chia dan Nisrina Saffiah Mohd Razip membolehkan mereka merangkul emas double wanita acara petanque buat kontinjen Politeknik Malaysia di hari kedua Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT 2024) di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini.

Mereka berjaya mengatasi gandingan Kolej Polytech Mara, Nur Eliyana Mohd Khudri-Putri Nurafni Umairah Khairul Anuar dan Nur Atikah Nabila Mokhtar-Seri Amisya Mohd Hashlindarinshah yang meraih perak dan gangsa di Gelanggang Petanque UUM semalam.

Menurut Vivianah, dia bersyukur sasaran emas yang diidamkan bersama Nisrina berjaya direalisasikan.

“Memang kami sasarkan emas. Masing-masing ada kelebihan dan bertindak menjaga posisi yang ditetapkan. Saya bertindak sebagai pointer dan Nisrina shooter.

“Ini kali pertama kami bergandingan, namun kami sudah lama mengenai antara satu sama lain jadi tiada masalah untuk bergandingan,” katanya.

Sementara itu, atlet Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Muhamad Asyraf Wajdi Kamarozaman berjaya meraih emas dalam acara individu lelaki.

Ia cukup bermakna buat atlet itu apabila berjaya menukar warna pingat perak yang diraih pada edisi sebelum ini dengan kilauan emas.

Pingat perak dalam acara itu dimenangi Haris Jonaidey dari UiTM dan Muhammad Aiman Akmal dari Universiti Sains Islam Malaysia, gangsa. – BH Online –

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *