KISAH MAHSURI DIANGKAT KE LAYAR PERAK

KISAH MAHSURI DIANGKAT KE LAYAR PERAK

LANGKAWI: Syarikat produksi, ZK Creative Sdn Bhd (ZK Creative) mengorak langkah menerbitkan filem epik, Mahsuri sebagai usaha mengangkat kembali kisah legenda tersohor itu yang semakin dilupakan.

Penerbit Eksekutif ZK Creative, Omar Ariffin, berkata sebelum ini, penerbitan visual kisah legenda Mahsuri hanya dalam format drama televisyen (TV) dan persembahan teater.

“Jadi, kami ambil inisiatif melakukan kajian mendalam berkaitan legenda Mahsuri termasuk mendapat pandangan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) bagi mengangkat kisahnya ke layar perak.

“Filem Mahsuri yang berlatar belakang sekitar kurun ke-18 dan dijangka menelan belanja sebanyak RM10 juta itu bakal diarahkan Dak Seli,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.


Terdahulu, Omar diiringi Rosli dan Penerbit Bersekutu, Datuk Mazlan Hashim membentangkan projek pembikinan filem Mahsuri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Haslina Abdul Hamid.

Omar berkata, pihaknya sedang mengenal pasti pelakon wanita popular yang memiliki ciri-ciri sesuai untuk membawa watak heroin iaitu Mahsuri, selain aktor yang memegang watak Wan Derus, iaitu suami Mahsuri.

“Penggambaran akan dilakukan di sekitar Langkawi, termasuk Pulau Tuba dan tanah besar, manakala kawasan Kota Mahsuri di Kampung Mawat akan dibangunkan set penggambaran perkampungan berwajah era kurun ke-18.

“Menghasilkan filem bersejarah atau epik yang berkualiti memang memerlukan kos yang besar, termasuk menyediakan set penggambaran dan busana lama. Kita juga perlukan masa penggambaran yang panjang,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *