Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melalui Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia (IMFC) membantu pelabur dalam melaksanakan projek yang telah diluluskan.
Timbalan Pengarah Bahagian Pasca Pelaburan MIDA, Mohd Fairuz Iqbal Mohd Akhbar berkata, pihaknya menerangkan berkenaan Sesi Libat Urus IMFC dan Track kepada wakil industri dan jabatan daripada agensi kerajaan persekutuan dan negeri.
“Program hari ini adalah berkenaan fungsi IMFC. Bagaimana pihak kami membantu pelabur yang menghadapi sebarang isu di peringkat kerajaan negeri dan persekutuan untuk menyelesaikan isu terbabit supaya pelabur dapat melaksanakan projek yang telah diluluskan dengan lancar.
“Setakat ini wakil industri dan pelabur menerima baik inisiatif MIDA melalui IMFC ini di mana kami dengan kerjasama pemegang taruh yang lain kami telah berjaya untuk menyelesaikan isu dihadapi oleh pelabursama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di taklimat Sesi Libat Urus IMFC & TRACK di sini, pada Isnin.
Katanya, pihak MIDA bergiat aktif untuk turun padang mengadakan sesi tersebut ke negeri-negeri di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Sebagai makluman IMFC ditubuhkan pada 2023 dan buat masa sekarang terdapat 10 agensi kerajaan persekutuan yang menganggotai IMFC.
“Kita membantu bagi projek-projek pelaburan yang strategik. Kita juga membantu pelabur daripada segi kita menilai projek tersebut yang mana projek yang menepati kriteria untuk mendapatkan pengecualian cukai kitab oleh cadangkan kepada pelabur.
“Selain daripada itu kita juga membantu membantu pelabur untuk mendapatkan pengecuali duti (cukai) import dan cukai jualan di mana pelabur-pelabur yang hendak import bahan mentah atau mesin yang layak boleh dapat pengecualian duti import.
“Bukan itu sahaja, kami juga membantu pelabur untuk mendapatkan sumber tenaga tempatan melalui hubungan kerjasama kami dengan universiti dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya.
Menurut Mohd Fairuz melalui institusi tersebut, ia membantu pelabur dengan ekosistem yang lengkap.
IMedikel TV