MAKANAN SUNNAH ‘KISMIS’ BANTU PERTUMBUHAN BAYI

MAKANAN SUNNAH ‘KISMIS’ BANTU PERTUMBUHAN BAYI

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Ibu bapa sering mencari permulaan pemilihan makanan yang sihat kepada  bayi  mereka bagi mendapatkan pertumbuhan dan perkembangan yang baik.

Justeru itu, segelintir mereka memilih untuk memberikan makanan Sunnah seperti kismis kepada bayi mereka.

Tahukah anda kismis mampu menghasilkan banyak manfaat terhadap kesihatan bayi?

Ini kerana ia merupakan sumber antioksidan yang baik dan mempunyai khasiat seperti vitamin dan mineral seperti zat besi, kalium dan kalsium.

Walaupun kismis tersebut kaya dengan rasa manis, tetapi selamat untuk diberikan kepada bayi atau kanak-kanak.

Namun begitu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting kerana ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan bayi tersebut tersedak ketika mengunyah kismis.

Perkara yang perlu diperhatikan:

1.Bahaya tersedak: kismis boleh menjadi makanan yang keras dan kenyal, yang dapat meningkatkan risiko tersedak, terutama pada bayi yang lebih muda. Ia sepatutnya diberikan dalam potongan yang sangat kecil atau dihancurkan.

    2.Gula tinggi: Meskipun gula dalam kismis adalah gula alami, tetap perlu waspada dalam memberikan terlalu banyak kerana boleh membawa kepada masalah gigi pada masa akan datang.

    IMedikel TV

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *