Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Batalion (BN) 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penyeludupan Pendatang Tanpa Izin (PATI), di sini, pada Ahad.
Menurut kenyataan Bridged Tenggara PGA, tangkapan menerusi OP Taring Wawasan Kelantan mendapati dua daripada mereka gagal menunjukkan dokumen pengenalan yang sah.
Tangkapan itu dilakukan setelah mengesyaki mereka dalam keadaan mencurigakan di kawasan Pekan Rantau Panjang, di sini.
Kesemua suspek warganegara Myanmar dan menyeludup masuk ke Malaysia melalui Thailand itu ditahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan diserahkan ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.
Pihak PGA akan terus mempergiat usaha bagi menbendung kegiatan penyuludupan yang berleluasa di sempadan negara.
IMedikel TV