GARA – GARA ROTI, BANDUAN DITUDUH BUNUH RAKAN SEL

GARA – GARA ROTI, BANDUAN DITUDUH BUNUH RAKAN SEL

Membunuh banduan warga Indonesia. Tertuduh, Mohd. Fahrur Radzi Chahat didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka di atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang banduan warga Indonesia yang bernama Paidi Binat Moksukar.

Kejadian berlaku pada 17 Februari lalu di bilik No 48, Tingkat 1, Zon A, Blok Cekal Kompleks Penjara Sungai Udang kira-kira pada jam 2.15 petang.

Semasa pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa, tertuduh yang berusia 34 tahun itu hanya mengangguk faham di hadapan Majistret Mazana Sinin. Dalam pada itu, tiada sebarang pengakuan tertuduh yang direkodkan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, J. Banusha, manakala tertuduh tidak diwakil peguam.

Susulan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Syeksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan akan memperuntukkan hukuman mati.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 Mei sebagai serahan laporan bedah siasat mangsa serta sebutan semula kes.

Sumber: Kosmo

– Imedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *