FAM AKUI BUKAN MUDAH CARI LAWAN ‘GRED A’

FAM AKUI BUKAN MUDAH CARI LAWAN ‘GRED A’

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengakui bukan mudah untuk mencari lawan yang boleh mengharungi perlawanan persahabatan pada tempoh Kalendar Antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) November ini.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman, terdapat kekangan bagi memilih yang terbaik kerana kebanyakan negara sudah miliki jadual tersendiri.

Beliau berkata, kebanyakan pasukan terbaik di Asia sudah pun mempunyai lawan masing-masing sepanjang tempoh berkenaan sekali gus skuad Harimau Malaya berdepan Laos kelak.

“Kita harus tahu bahawa 18 pasukan terbaik dari Asia sudah ada jadual masing-masing sehingga tahun depan iaitu menghadapi Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

“Malah, Pau Marti Vicente selaku ketua jurulatih juga membuat keputusan untuk tidak mengatur perlawanan persahabatan bertemu empat pasukan dari Asia Tenggara iaitu Singapura, Thailand, Kemboja dan Timor Leste,” katanya.

Sebelum ini, persoalan pasukan manakah yang bakal menjadi lawan skuad Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier Satu terjawab selepas FAM mengesahkan skuad negara akan berdepan Laos pada 14 November di Bangkok.

Skuad negara kemudiannya akan mengharungi satu lagi aksi persahabatan menentang India pada 19 November ini. – Hmetro Online –

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *