SPURS BUAT CITY GIGIT JARI

SPURS BUAT CITY GIGIT JARI

London: Tottenham Hotspur menewaskan Manchester City 2-1 dengan jaringan Timo Werner dan Pape Matar Sarr ketika pengurus sementara Manchester United, Ruud van Nistlerooy mengetuai pasukannya melakar kemenangan bergaya 5-2 ke atas Leicester City dalam pusingan keempat Piala Liga, awal pagi tadi.

Pengurus Spurs, Ange Postecoglou masih peluang untuk memenuhi janjinya memenangi trofi pada musim kedua sebagai pengurus di kelab London Utara itu selepas aksi permainan yang hebat.

City melakukan tujuh perubahan daripada pasukan yang menewaskan Southampton 1-0 hujung minggu lalu dengan Spurs pantas meloloskan diri daripada tekanan.

Dejan Kulusevski melakukan hantaran kepada Werner di dalam kotak penalti dan penyerang Jerman itu merembat bola ke gawang untuk gol pertamanya musim ini.

Sarr mendapat gol kedua pada minit ke-25 selepas bola menghampirinya di luar kotak penalti hasil sepakan sudut dan pemain tengah Senegal itu melencongkan bola memasuki ke sebelah kanan gol lawan.

City merapatkan kedudukan pada masa tambahan separuh masa pertama apabila Matheus Nunes menyambut hantaran lintang daripada Savinho untuk menjaringkan gol dengan percubaan pertama mereka tepat ke arah gawang.

Selepas kehilangan beberapa pemain utama musim ini, pengurus City, Pep Guardiola, berkata beliau ingin pasukannya beraksi dengan baik tanpa sebarang kecederaan, tetapi Savinho mengalami kecederaan yang memaksanya dibawa keluar pada minit ke-62.

Kehilangan itu memperlahankan momentum City, tetapi Nico O’Reilly hampir menjaringkan gol penyamaan lewat perlawanan namun pemain gantian Yves Bissouma berjaya mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya ketika Spurs bertahan untuk mencatatkan kemenangan.

“Ini adalah perlawanan menentang lawan yang kuat, saya rasa kami beraksi dengan baik sepanjang perlawanan ini.

“Kami tidak memberikan lawan banyak peluang, kami mungkin boleh menjarakkan diri tetapi City akan sentiasa menekan anda,” kata Postecoglou.

Cody Gakpo meledak dua gol buat Liverpool membantu mereka menang 3-2 ke atas Brighton dan Arsenal menikmati kemenangan selesa 3-0 di Preston North End untuk menempah tiket ke suku akhir dengan menyingkirkan satu-satunya kelab bukan EPL yang masih bersaing dalam pertandingan itu.

Crystal Palace menang 2-1 di Aston Villa, manakala Alexander Isak meledak dan gol sendiri Axel Disasi menyaksikan Newcastle menang 2-0 di laman sendiri ke atas Chelsea untuk mara ke pusingan lapan terbaik.

Tottenham akan melayan kunjungan Manchester United pada suku akhir, Arsenal berdepan Crystal Palace, Newcastle bertemu Brentford dan Liverpool berkunjung ke Southampton. – REUTERS, HMetro –

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *