Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang giat menjalankan siasatan insiden buli dan dera seorang penuntut senior ke atas Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), semalam.
Difahamkan dalam satu kenyataan, dada pegawai kadet tersebut telah ditekap menggunakan seterika sehingga mengakibatkan kesan lecur seperti yang tular di media sosial.
Siasatan tersebut dilaksanakan secara terperinci di peringkat ALK – UPNM.
Diingatkan, ATM juga tidak akan melindungi dan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat serta akan dikenakan tindakan disiplin dan undang-undang yang keras sekiranya terbukti bersalah.
Masyarakat juga digesa supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kerana segala perkembangan siasatan akan turut dimaklumkan dari semasa ke semasa.
IMedikel TV