PARIS: Bintang Real Madrid, Jude Bellingham memenangi anugerah Kopa sebagai pemain terbaik bawah 21 tahun di majlis Ballon d’Or, Paris.
Dia berada di tangga ke-18 untuk anugerah terbesar Ballon d’Or, yang dimenangi oleh Lionel Messi buat kali kelapan, dan hanya satu anak tangga di depan rakan sepasukan England, Harry Kane.
“Saya amat dialu-alukan oleh semua orang di kelab, rakan sepasukan, kakitangan, semua yang di belakang tabir, jadi ini adalah disebabkan mereka.
“Saya yakin dengan kemampuan saya, tetapi mereka membantu saya menzahirkannya. Bagi saya apa yang penting ialah trofi bersama pasukan.
“Kini saya sudah mendapat trofi ini, dan saya akan cuba membantu Madrid serta England memenangi trofi,” kata Bellingham.
Pemain Barcelona, Gavi dan Pedri turut tercalon untuk anugerah berkenaan, selain rakan sepasukan Bellingham, Eduardo Camavinga.
Bintang RB Leipzig, Xavi Simons, yang meledak 22 gol dalam 48 penampilan untuk kelab Jerman itu turut tersenarai. – AGENSI-BH ONLINE-
Imedikel TV