LELAKI ROHINGYA DITUDUH BUNUH RAKAN SENEGARA

LELAKI ROHINGYA DITUDUH BUNUH RAKAN SENEGARA

KOTA BHARU: Seorang lelaki etnik Rohingya dihadapkan ke mahkamah majistret Kota Bharu, semalam, atas pertuduhan membunuh rakan senegara di kampung Melor pada 17 Oktober lalu.

Tertuduh, Mohd Salam Mohd Rashid, 32, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Rais Imran Hamid.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Mohd Salam didakwa membunuh Nurul Salam Mohammad Sadik, 44, di kampung Melor, Kota Bharu, antara jam 8 hingga 9.15 pagi pada 17 oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 302 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan boleh dikenakan minima 12 sebatan.

Pendakwaan dilakukan timbalan pendakwa raya, Hajarul Falenna Abu Bakar dan Syazalia Che Suhaimin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan dan mahkamah kemudian menetapkan 31 Januari sebagai tarikh laporan kimia dan forensik.

I Medikel TV sebelum ini melaporkan, seorang lelaki etnik Rohingya yang ditemukan mati dalam kejadian di sebuah rumah di kampung Melor Lama ditikam sebanyak 40 kali termasuk di bahagian dada.

IMEDIKEL TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *