KELANTAN SIAPKAN 1,435 UNIT RUMAH MAMPU MILIK SEJAK 2019

KELANTAN SIAPKAN 1,435 UNIT RUMAH MAMPU MILIK SEJAK 2019

Oleh: Afrizam Arif, Wartawan IMedikel TV

Kerajaan Kelantan menyiapkan kira-kira 1,453 unit Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK), manakala sebanyak 334 unit masih dalam pembinaan sejak 2019.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata kerajaan Kelantan kini dalam perancangan untuk menyediakan 308 unit bagi tempoh lima tahun.

“Sebagai sebuah negeri berkebajikan, kerajaan negeri telah memberikan keutamaan kepada ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) bagi memiliki rumah berkenaan.

“Kerajaan negeri juga telah memperkenalkan Program Kenang Budi bagi membantu ibu bapa memiliki rumah bertujuan memberi kesedaran melalui kaedah milikan yang dipermudahkan ini.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan kunci RMMK meranti di Taman Kebun Raja di sini, semalam.

Dalam projek RMMK meranti tersebut, sebanyak 59 unit rumah teres setingkat dan enam unit kedai masih dalam pembinaan dengan tawaran harga RM85,000 untuk rumah berkeluasan 74.3 meter persegi dan RM130,000 untuk rumah berkeluasan 78.9 meter persegi.

Mohd Nassuruddin berkata bagi memberi kemudahan kepada pemohon projek itu, kerajaan negeri menanggung sebahagian kos pembinaan dalam bentuk subsidi dengan anggaran RM50,000 seunit.

Menurutnya hal itu bernaksud nilai sebenar rumah-rumah yang dibeli adalah di bawah harga pasaran semasa dan anggaran subsidi kerajaan negeri berjumlah RM4 juta tidak termasuk harga tanah atau nilai tanah sebenar.

Selain tu, ujarnya bagi program Rumah Dhuafa’, RMMK melaksanakan program Rumah Dhuafa’ dilaksanakan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan peruntukan tahunan berjumlah sekitar RM6.4 juta.

Katanya, bagi memastikan projek RMMK diteruskan dengan peruntukan mencukupi, kerajaan negeri mengambil langkah menubuhkan Tabung Amanah Perumahan Negeri diwujudkan sejak awal 2019 di bawah Pengurusan Bahagian Perumahan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)

IMEDIKEL TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *