BEBAS ASAP ROKOK UNTUK KUALITI HIDUP LEBIH BAIK

BEBAS ASAP ROKOK UNTUK KUALITI HIDUP LEBIH BAIK

 Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan I Medikel TV

KOTA BHARU: Merokok mempunyai pelbagai kesan yang ketara kepada perokok dan orang awam.

Bahan yang terkandung di dalam asap rokok boleh menyebabkan penyakit paru-paru seperti penyakit obstruktif paru-paru kronik, C-O-P-D.

Selain itu, menurutnya merokok juga boleh memberikan kesan kepada risiko pelbagai jenis kanser termasuk paru-paru, mulut, tekak dan kerongkong.

Dr. Zaini berkata merokok juga boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung.

Beliau berkata merokok tidak hanya memberikan kesan kepada perokok, malah orang awam turut berisiko mendapat kesan daripada asap rokok tersebut.

“Kalau daripada segi penyakit kalau kita lihat kepada rokok sendiri kita banyak penyakit yang jelas disebabkan oleh rokok, pelbagai jenis kanser untuk jangka masa panjang, penyakit paru-paru yang boleh mengganggu dari segi sistem pernafasan, yang ini adalah salah satu kesan daripada merokok, selain daripada kesan-kesan akibat penyakit tidak berjangkit yang lain seperti jantung, penyempitan salur darah,strok dan beberapa penyakit lain yang saya percaya penyakit ini sekiranya tidak dijangkiti secara sederhana atau panjang akan memberi kesan negatif kepada individu tersebut sama ada daripada segi kualiti hidup, ekonomi dan juga kos rawatan yang agak tinggi”, kata Datuk Dr. Zaini Hussin, Pengarah JKNK.

Menurut Dr. Zaini, rokok mempunyai bahan kimia yang berbahaya kepada tubuh individu.

Katanya bahan tersebut boleh menjejaskan kesihatan individu terbabit sama ada kesan jangka pendek atau jangka panjang.

“Dalam rokok itu sendiri kita ada lebih daripada 4000 bahan yang boleh menjadi racun kepada perokok atau pun mereka yang terhidu asap rokok, jadi bagaimanapun ada beberapa bahan yang sering diperkatakan adalah bahan nikotin, naftalena, cadmium (logam berat), tar yang juga terkandung di dalam rokok dan juga beberapa bahan lain seperti methanol, amonia, folmaldehide dan sebagainya. Dan kalau kita lihat pada bahan-bahan ini ia merupakan suatu bahan kimia yang bukan sesuatu yang diperlukan oleh tubuh terutamanya, kedua bahan-bahan ini adalah suatu bahan racun kepada tubuh dan sel-sel yang boleh memberi kesan negatif daripada segi kesihatan”, katanya

Katanya bahan tersebut boleh menjejaskan kesihatan individu terbabit sama ada kesan jangka pendek atau jangka panjang.

Baru-baru ini, Team IMedikel TV membuat tinjauan di premis makanan di sekitar Kota Bharu.

Dan mendapati masih ramai lagi perokok tegar dengan selamba menghisap rokok dalam premis makanan berkenaan.

Katanya kesan daripada merokok di tempat awam telah menyebabkan 2.62 billion wang terpaksa dibelanjakan bagi menampung kos merawat tiga penyakit utama akibat daripada komplikasi tabiat merokok, menurut Adult Tobacco Survey, 2011.

Menurut dr. Zaini, peniaga kedai makan, perokok dan orang awam memainkan peranan berhubung isu tersebut.

“Peniaga mereka tertakluk kepada peraturan-peraturan kawalan hasil tembakau (PPKHT) 2004, jadi beberapa perkara yang mereka perlu laksanakan pertamanya, mereka mesti mempamerkan satu logo larangan merokok di premis mereka, dan sekiranya mereka gagal untuk mempamerkan atau menampal logo tersebut dengan saiz yang ditetapkan ia juga menjadi kesalahan di mana kompaun RM250 boleh dikeluarkan kepada premis tersebut.

“Untuk orang awam peranan mereka, mereka semestinya memahami bahawa premis makanan dan juga tempat awam adalah kawasan larangan merokok, jadi menjadi kesalahan untuk mereka merokok di kawasan yang saya nyatakan. Jadi inilah peranan yang boleh dimainkan oleh peniaga dan amsyarakat awam untuk memastikan bahawa masyarakat kita bebas daripada asap rokok”, katanya.

Beliau berkata mana-mana individu yang merokok di kedai makan di bawah peraturan 11(1)(D) PPKHT 2204 akan dikeluarkan notis 32B dan sekiranya terbukti ada melakukan kesalahan tersebut boleh dikompaun dengan nilai tawaran kompaun sebanyak RM250.

“Untuk penguakuasaan ini pertamanya kita ada membuat rondaan di tempat-tempat yang kita rasakan, tempat yang strategik di kedai makan atau di tempat awam. Jadi kita lihat daripada segi sekiranya terdapat aduan daripada orang awam yang berkaitan kesalahan ini, kita juga akan melakukan pengutakuasaan. Jadi ini adalah aktiviti kita yang dilakukan di seluruh negeri kelantan dari masa ke semasa.

“Dan kita sentiasa melihat bahawa kesalahan merokok di tempat awam dan juga premis makanan sesuatu yang serius. Ia boleh menjejaskan daripada segi kesihatan sama ada kesihatan perokok itu sendiri dan juga pelanggan-pelanggan lain yang mahukan suasana yang bebas daripada asap rokok di tempat awam dan premis makanan”, kata Datuk Dr. Zaini Hussin, Pengarah JKNK.

Menurut Dr. Zaini, beliau mengalu-alukan orang awam untuk membuat aduan berkenaan individu yang merokok di tempat awam.

Katanya, kesedaran masyarakat tentang merokok di tempat awam terutama di kedai makan menunjukkan tahap kesedaran yang signifikan.

“Sekiranya mereka membuat aduan kesederan mereka untuk melihat premis makan dan tempat awam bebas daripada asap rokok.

“Dan kita juga memerlukan maklumat seperti nama kedai, nama kawasan, daerah dan apakah kesalahan -kesalahan yang dilihat dilakukan oleh masyarkat berkaitan merokok di tempat awam dan premis makan”, kataDatuk Dr. Zaini Hussin, Pengarah JKNK.

Mereka yang ingin membuat aduan boleh membuat panggilan telefon di talian 03-8892 4530 (waktu pejabat), atau menerusi whatsapp, telegram atau sms di nombor 010-860 8949.

IMEDIKEL TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *