400,000 KEMATIAN DI EROPAH PADA 2021 AKIBAT UDARA KOTOR – EU

400,000 KEMATIAN DI EROPAH PADA 2021 AKIBAT UDARA KOTOR – EU

BRUSSELS: Laporan oleh Kesatuan Eropah (EU) mendedahkan, hampir 400,000 kematian di benua itu pada 2021 dikesan berkait dengan pencemaran udara kotor.

Tiga bahan pencemar udara utama dikenal pasti sebagai punca utama, dengan sesetengahnya boleh dielakkan jika bahannya dikurangkan ke tahap yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

EEA dalam laporan 2021 yang dikeluarkan semalam turut mendedahkan, terdapat 389,000 kematian berkaitan pencemaran di Eropah.

“Kepekatan pencemar udara pada 2021 kekal jauh melebihi paras yang disyorkan oleh WHO dalam garis panduan kualiti udaranya.

“Mengurangkan pencemaran udara ke tahap garis panduan ini akan menghalang sejumlah besar kematian yang boleh berkaitan di negara-anggota EU,” kata EEA dalam laporan itu.

Jumlah kematian tertinggi akibat PM2.5 pada 2021 berlaku di Poland, Itali dan Jerman, manakala negara di utara Eropah seperti Iceland, Scandinavia dan Estonia pula mengalami kesan paling rendah.

Menurut laporan itu, pendedahan NO2 dan O3 jangka pendek turut mempunyai kesan terbesar terhadap kematian di Turkiye, Itali dan Jerman. – REUTERS, BH Online –

IMEDIKEL TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *