60 KILOGRAM TEPUNG UBI PUTU HALBA TERJUAL SETIAP HARI

60 KILOGRAM TEPUNG UBI PUTU HALBA TERJUAL SETIAP HARI

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

KOTA BHARU: Musim tengkujuh menjadi punca rezeki buat peniaga. Putu halba salah satu makanan yang terkenal di musim hujan.

Malah ada peniaga mampu menjual 60kilogram (kg) putu halba dalam masa sehari.

Tidak terkecuali bagi Maria, 35, yang tidak menang tangan menyediakan kuih tersebut.

“Dalam 60 kilogram tepung tapi kalau permintaan pelanggan sangat banyak sehingga tidak mencukupi memang kita akan tambah.

“Buat masa sekarang ini, memang tidak sempat jadi kita akan mula buka kedai pada jam 8 pagi lagi,” katanya.

Katanya, seawal jam 8 pagi dia mula menghasilkan putu halba yang sememangnya sudah ditunggu pelanggan sekitar Kelantan.

Tambahnya, dia mula berniaga putu halba sebaik sahaja masuk musim tengkujuh kerana kuih itu mendapat permintaan tinggi ketika hujan.

Jelasnya, putu halba berintikan gula melaka itu dijaja oleh 9 orang pekerja sekitar lampu isyarat Cabang Empat Telipot.

“Kadang-kadang saya terpaksa berhentikan dulu jualan di kedai ini kerana tidak menang tangan dan kena minta pelanggan membeli dengan mereka yang menjaja di kawasan lampu isyarat,” katanya.

Katanya, putu halba itu dijual pada harga RM2 untuk tiga biji.

Menurut Maria, dia menjual putu halba bersama rakannya yang dikenali sebagai Kak Na.

Sementara itu, seorang pelanggan, Amirul, 38, dari Setiu berkata, dia baru pertama kali membeli putu halba itu.

Katanya, kuih itu mempunyai rasa yang sedap dan lembut serta sesuai dengan citarasa orang ramai.

I Medikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *