DETIK CEMAS AIR BANJIR MULA MASUK KE RUANGAN DAPUR

DETIK CEMAS AIR BANJIR MULA MASUK KE RUANGAN DAPUR

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

BACHOK: Seorang wanita mula berdepan detik cemas apabila air melimpah kerana hujan lebat mula memasuki bahagian dapur di dalam rumahnya.

Nor Alfisya Ibrahim Afandi, 33, dari Taman Bator Harmoni, berkata dia mula menyimpan dokumen serta barang berharga di tempat selamat sebaik sahaja air mula membanjiri dapurnya.

“Air ketika itu pada paras buku lali dan mula masuk ikut ruangan dapur jadi kami mengambil keputusan untuk berpindah terus Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat,” katanya.

Alfisya berkata, setiap kali hujan lebat, dia akan diselubungi perasaan risau apabila memikirkan tiga orang anaknya.

Sementara itu, Jamilah Mat Hassan, 56, berkata dia sudah bersedia menghadapi banjir yang melanda kampungnya pada setiap tahun.

“Memang saya tahu air akan melimpah di dalam rumah saya sebab itu la saya sudah siap-siap alihkan peti sejuk dan barangan lain ke tempat yang tinggi,” katanya.

Jamilah berharap, air yang melimpahi rumahnya semakin surut agar dia boleh kembali ke rumahnya seperti biasa.

I Medikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *