JAMBATAN BELANGA TENGGELAM PERLU DINAIK TARAF ATAU GANTI

JAMBATAN BELANGA TENGGELAM PERLU DINAIK TARAF ATAU GANTI

Oleh: Afrizam Arif@Imedikel TV

KUALA KRAI- Jambatan konkrit sepanjang 100 meter yang tenggelam akibat banjir menyukarkan kira-kira 200 penduduk di Kampung Belanga A dan Kampung Belanga B hingga terputus hubungan dan terpaksa melalui perjalanan jauh.

Penduduk, Setiausaha Masjid Mukim Belanga A, Che Abdullah Che Yunus, 66
jambatan itu menjadi perhubungan dari Kampung Belanga A ke Kampung Belanga B hingga ke Kampung Temalir.

“Setiap kali hujan atau musim tengkujuh, jambatan yang menjadi laluan alternatif penduduk termasuk ke bandar Kuala Krai sering ditenggelami dan mengambil masa hampir seminggu untuk surut, bergantung kepada keadaan cuaca.

“Apabila jambatan tenggelam, penduduk terpaksa menggunakan jalan lain yang berjarak lebih jauh 30 kilometer (km) berbanding 10km sahaja sekiranya melalui jambatan ini,” katanya.

Menurutnya jambatan itu dibina lebih 40 tahun lalu dan sudah banyak kali permohonan menaik taraf atau menggantikannya dibuat oleh pelbagai pihak, tetapi sehingga kini usaha belum berhasil.

Sementara itu, penduduk, Mohd Noor Azizi Othman, 38 berkata jambatan Belanga tersebut terletak berdekatan 200 meter dari rumahnya perlu dinaik taraf memandangkan ia menjadi laluan alternatif terutama penoreh, pelajar, guru dan pekerja awam serta swasta.

“Jambatan Kampung Belanga ini hanya berkonkrit tanpa ada pagar dan terletak sangat rendah dari tebing sungai, malah jalan untuk sampai ke jambatan juga bercerun serta membahayakan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, Jambatan Kampung Belanga antara jambatan terawal yang akan ditenggelami air beberapa kali dalam setahun akibat hujan beberapa jam kerana kedudukannya terlalu rendah dari tebing sungai.

“Jambatan ini adalah laluan utama menghubungkan Kampung Belanga dengan Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Temalir dan gunakan untuk ke Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai, Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi dan ke bandar Kuala Krai oleh ribuan penduduk sekitar.

“Saya sudah membawa isu ini ke Kamar Khas Parlimen pada 25 Oktober lalu dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Wilayah Kuala Krai juga turun melawat jambatan ini”, katanya.

Beliau berharap permohonan untuk menaik taraf atau membina sebuah jambatan konkrit yang baru dengan lebih tinggi  bagi menyelesaikan masalah ditenggelami air setiap kali hujan lebat.

IMEDIKEL TV


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *