AFRIKA SELATAN FAILKAN KES TERHADAP ISRAEL DI ICJ

AFRIKA SELATAN FAILKAN KES TERHADAP ISRAEL DI ICJ

THE HAGUE: Afrika Selatan memfailkan kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Israel semalam atas tuduhan melakukan ‘pembunuhan beramai-ramai’ di Gaza.

Menurut kenyataan, permohonan ICJ itu merujuk dakwaan bahawa Israel melanggar kewajipan di bawah Konvensyen Genosid dan Israel terbabit serta berisiko akan melakukan lagi pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Dalam aplikasi The Hague, Afrika Selatan juga mendakwa Israel bertindak ‘dengan niat khusus… mahu memusnahkan rakyat Palestin di Gaza sebagai sebahagian daripada penduduk etnik, kumpulan kaum dan penduduk wilayah berkenaan.

Sementara itu, Israel menolak pertuduhan itu sebagai ‘tohmahan keji’, dengan jurucakap Kementerian Luar Israel, Lior Haiat, dalam paparan di X, berkata Israel menolak ‘fitnah jijik’ disebarkan Afrika Selatan dalam permohonan kepada ICJ.

Peperangan yang dimulakan pejuang Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober lalu itu menyebabkan kira-kira 1,140 orang terbunuh, kebanyakannya orang awam, manakala 250 penduduk Israel dijadikan tebusan, yang mana sekitar 125 sudah dibebaskan.

dalam pada itu, tentera Israel itu terus melakukan serangan balas dengan kini sudah mengorbankan lebih 21,507 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza. – AFP, BH Online –

IMEDIKEL TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *