Oleh: Athirah Azman@ I Medikel TV
KOTA BHARU: Suara belia tempatan kini tidak dipinggirkan dan diberi perhatian oleh Urus Setia Belia dan Sukan Negeri Kelantan (U-BES) menerusi Program Jelajah Townhall belia Kelantan.
Seorang belia daripada jajahan Pasir Mas, Fatin Eda Az-Zahra’ Mohamad Tajuddin, 27, melontarkan keinginannya agar pihak kerajaan dan swasta meminimumkan pembayaran gaji kepada pekerja.
“Belia sekarang ini sedang mencari pekerjaan jadi saya harap di mana sebolehnya syarikat swasta mahupun kerajaan dapat meminumkan pembayaran gaji kepada pekerja.
“Jadi saya rasa amat berpuas hati apabila suara kami didengari dan dibawa ke pihak yang lebih tinggi serta memberi ruang kepada kami untuk mengenali siapa pemimpin kami,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Jelajah TownHall belia Kelantan, di Dewan Malaysia Kompleks Belia dan Sukan, di sini, semalam.
Fatin yang juga pekerja swasta berharap pihak kerajaan Kelantan dapat memberi ruang dan peluang kepada golongan belia terutama siswazah baharu untuk mencari pekerjaan bagi menyara kehidupan.
Tambah Fatin, program tersebut dapat memberi impak yang positif terhadap dirinya.
I Medikel TV