Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@ I Medikel TV
Aktiviti sukan dalam kalangan belia di negeri ini perlu diselaraskan dari akar umbi.
Itu kata Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, Zamakhshari Muhamad ketika ditemui di Jelajah Townhall Belia Kelantan “akar belia mekar digarap” di Dewan Kompleks Sukan Belia dan Sukan Panji, di sini, pada Sabtu.
“Kita nak menyelaraskan aktiviti itu sebab bila saya masuk pejabat exco, antara cabaran saya apabila saya terima banyak cadangan, permohonan untuk sumbangan program, jadi, apa yang saya nampak dia tidak ada penyelarasan, jadi, sekarang ini bermula tahun depan kita akan ada penyelarasan pada peringkat negeri, peringkat bawah dan kita akan susun dan keluarkan takwim tahunan, terus ada jadual,” katanya.
Menurutnya, penyelarasan itu adalah bagi memudahkan agensi untuk melakukan sebarang aktiviti supaya tiada pertembungan aktiviti atau sukan sama kepada golongan belia.
“Sebagai contoh sekarang kalau sebelum ini antara UBES, JBS dan MSN, masing-masing buagt kerja dia, tidak ada penyelarasan, jadi, kita akan buat satu penyelarasan sukan untuk tahu depan kita akan selaras, dari segi jadual pun kita akan selaras tidak bertembung, dari segi kategori sukan pun kita akan bezakan, maknanya mungkin kalau dah JBS dan MSN, UBES akan buat aktivit lain, penyelarasan balik, supaya lebih tersusun,” katanya.
Dalam pada itu, Zamakhsari berkata Jelajah Townhall itu adalah salah satu inisiatif kepada pihaknya untuk mengenalpasti masalah, cadangan atau pendapat daripada bawah.
“Cetusan daripada pertemuan dengan belia Kelantan. Dalam perbincangan tersebut saya mencadangkan mereka mengadakan Townhall lebih kepada untuk membantu saya selaku Exco untuk memahami kehendak belia dan isu berbangkit dan sebagai input dilaksanakan pelan stratgeik belia Kelantan, insyaallah,” katanya.
Katanya, terdapat tiga program baru untuk golongan belia antaranya Kelantan Feature Leaders, Projek Generasi Sejahtera (Gentera) dan Fellow Darul Naim.
I Medikel TV