TANGANI OBESITI, TINGKAT KUALITI HIDUP

TANGANI OBESITI, TINGKAT KUALITI HIDUP

Oleh: Nur Athirah Azman@I Medikel TV

Individu yang mempunyai kandungan lemak yang berlebihan dalam badan boleh mendatangkan kecenderungan terhadap penyakit kompleks seperti obesiti.

Tanpa kita sedari, obesiti bukan sahaja menjejaskan badan pesakit tetapi dapat mengundang risiko penyakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Situasi itu juga membawa kepada arthritis, dyspnea apabila tekanan, apnea tidur dan keletihan.

Di samping itu, golongan yang mempunyai Indeks Berat Badan (BMI) lebih daripada 25 dikira sebagai berat badan berlebihan, 30 dan ke atas adalah obes, dan 40 ke atas adalah obes yang serius.

Sesetengah golongan, terutamanya ahli bina badan mungkin mempunyai BMI dalam kumpulan obes kerana otot mereka membesar dengan berlebihan untuk mencapai saiz yang diimpikan walaupun mereka tidak mempunyai lemak yang banyak.

Antara punca terjadinya obesiti adalah daripada genetik ibu bapa yang cepat naik berat badan manakala terdapat beberapa sikap individu yang berisiko terhadap obesiti seperti gaya hidup keluarga, tabiat pemakanan yang tidak sihat, berhenti merokok, kurang tidur, individu yang mengambil ubat tertentu, mempunyai masalah sosial dan ekonomi serta kesihatan.

Bagaimanapun, obesiti masih boleh dirawat sekiranya individu tertentu melakukan senaman dan merancang diet yang rendah lemak dan kalori.

Mengamalkan gaya hidup sihat adalah cara paling selamat untuk menurunkan berat badan serta meningkatkan tahap kesihatan.

Individu tersebut juga perlu melatih diri untuk mengelak daripada mengambil makanan ringan melalui teknik yang tidak mendatangkan stress seperti yoga, senaman, atau ubat-ubatan.

Dalam pada itu, mereka juga perlu mengamalkan pemakanan seimbang, mengehadkan penggunaan gajet, melakukan pemeriksaan kesihatan, mengelakkan air bergula dan lebihkan makanan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

I Medikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *