YANGON: Empat tentera Myanmar termasuk seorang pegawai kanan berpangkat jeneral ditembak penembak tepat di sempadan Thailand, semalam.
Sumber tentera berkata, Brigedier Jeneral Aye Min Naung bersama pegawai keselamatan peribadinya dan dua juruterbang ditembak penembak tepat, ketika helikopter dinaiki mereka mahu mendarat di timur bandar Thingannyinaung berhampiran Myawaddy, sempadan Thailand.Ads by
“Brigedier jeneral itu kemudian meninggal dunia.
“Dua anggota tentera lain di helikopter itu terselamat,” katanya kepada AFP tanpa memperincikan kejadian.
Sumber itu juga tidak menyatakan berapa ramai penembak tepat yang terbabit dalam insiden itu.
Junta kerap bertempur di sekitar Myawaddy dengan pejuang etnik minoriti dan kumpulan Pasukan Pertahanan Rakyat bersekutu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Media tempatan menyiarkan imej kononnya kesan kejadian yang menunjukkan sebuah helikopter kecil berada di padang.
Sebuah media tempatan berkata, helikopter itu ialah Eurocopter 365 berenjin berkembar.
Brigedier jeneral itu adalah pegawai berpangkat tinggi terbaharu yang terbunuh di barisan hadapan, ketika junta memerangi penentang rampasan kuasanya di seluruh pelosok negara.
Pada November, seorang brigedier jeneral batalion infantri ringan terbunuh apabila bom dijatuhkan dari dron di Monekoe berhampiran sempadan China, di tengah-tengah pertempuran, sumber tentera memberitahu AFP.
Enam brigedier jeneral kini dalam tahanan kerana menyerah diri bersama lebih 2,000 tentera kepada pakatan pejuang etnik minoriti di wilayah jiran, Kokang. – AFP, HMetro Online –
IMEDIKEL TV