Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Kaki terseliuh bukanlah perkara yang pelik tetapi selalu terjadi terutamanya pada mereka yang sering melakukan aktiviti fizikal.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kaki terseliuh merangkumi 25% daripada semua kecederaan berkaitan sukan.
Kaki terseliuh adalah suatu keadaan apabila buku lali terpusing ke arah yang salah atau bengkok sehingga menyebabkan ligamen pada kawasan itu terkoyak dan meregang.
Individu yang kurang aktif dalam aktiviti fizikal, jarang bersukan dan berat badan berlebihan sangat berisiko untuk terseliuh.
Namun demikian, ianya boleh dirawat sendiri di rumah akan tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan bagi mengelakkan ianya makin teruk.
Antaranya perkara yang perlu dielakkan ialah:
1. Jangan tuam guna air panas: kesilapan orang ramai ialah tuam pada bahagian kecederaan dengan air panas sehingga menyebabkan salur darah berkembang dan pendarahan makin banyak.
2. Jangan diurut: sekiranya kawasan yang sakit itu diurut, ia akan menyebabkan kecederaan semula malah menjadi lebih teruk.
3. Elakkan berjalan tanpa tongkat: lebih bagus berjalan menggunakan tongkat untuk meringankan bebanan yang terlebih terhadap kaki yang cedera.
4. Elakkan balut dengan ketat: balutan yang ketat akan menyekat saluran peredaran darah ke kawasan itu.
Selain itu, antara teknik yang betul yang boleh dilakukan apabila kaki terseliuh adalah menggunakan teknik “PRICE”.P (Protect): elakkan kaki yang terseliuh melakukan aktiviti yang berat.
1. P (Protect): elakkan kaki yang terseliuh melakukan aktiviti yang berat.
2. R (Rest): rehatkan kaki dan pergerakan perlu dihadkan untuk meringankan beban kesakitan.
3. I (Ice): ais perlu diletakkan untuk mengawal dan mengurangkan bengkak tetapi jangan membiarkan ais di kaki lebih daripada 20 minit dan alaskan ais dengan kain.
4. C (Compression): Balutkan dengan bandage supaya dapat mengawal bengkak.
5. E (Elevation): Apabila baring, letakkan kaki pada paras yang lebih tinggi daripada jantung seperti meletakkannya di atas bantal.
Sekiranya kecederaan itu dirawat dengan betul, ianya boleh mencegah daripada sakit yang lebih parah dan ketidakstabilan pada kecederaan tersebut.
Namun rawatan terbaik bagi kaki terseliuh adalah dengan melakukan rawatan fisioterapi.
IMedikel TV