MANFAAT PUASA PADA KESIHATAN

MANFAAT PUASA PADA KESIHATAN

Umum mengetahui puasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta perbuatan yang boleh membatalkannya daripada terbit fajar hingga terbenam matahari.

Bulan Ramadhan menjadi medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran dalam diri seseorang.

Meskipun terasa lapar dan dahaga, secara tidak langsung ia boleh mendatangkan kebaikan terhadap kesihatan tubuh badan.

Hal ini kerana individu yang berpuasa dapat merangsang perubahan metabolisme badan serta membantu organ-organ dalam badan untuk membuang segala kekotoran dan toksin.

Oleh itu, terdapat beberapa kebaikan berpuasa terhadap kesihatan:

  1. Puasa mencergaskan badan: tisu lemak dan berat badan akan berkurang, puasa juga dapat menyumbang kepada komposisi badan yang lebih baik melalui tindakan hormon dan metabolisme lemak.
  • Tingkatkan tahap kekenyangan walaupun makan sedikit: tisu lemak dalam badan berfungsi sebagai endoktrin yang menghasilkan jenis hormon seperti leptin. Leptin memberi kesan kekenyangan sekaligus mengawal selera makan.
  • Puasa mengurangkan keradangan: keradangan berlaku disebabkan oleh diet yang tidak sihat iaitu makanan yang diproses, dengan berpuasa, ia boleh menyebabkan sel badan lebih berdaya tahan.
  • Puasa menambahbaik kesihatan kardiovaskular: memberi kebaikan kepada kesihatan kardiovaskular terutamanya mereka yang mengalami masalah sindrom metabolik kerana boleh membaiki fungsinya, tekanan darah dan komposisi darah.
  • Kurangkan tekanan darah dan tahap gula: tekanan darah rendah berlaku kerana pengurangan pengambilan garam dan mengawal kadar gula dalam darah.

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *