Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Pernah tak anak-anak anda mengalami lebam pada badan? Tahukah anda,lebam berlaku akibat kebocoran pada salur darah di lapisan kulit.
Menurut portal myhealth, Iebam sering dialami oleh kanak-kanak semasa melakukan aktiviti seharian mereka. Mereka kerap jatuh semasa bermain, terlanggar sesama sendiri atau terlanggar perabot.
Lebam yang membimbangkan adalah lebam yang berlaku secara spontan atau lebam yang berlaku lebih dari sepatutnyadan hanya disebabkan oleh kecederaan ringan.
Pendarahan tidak normal boleh disebabkan oleh:
- Permasalahan salur darah (gangguan vaskular)
- Permasalahan kuantitif atau kualitif sel darah yang dikenali sebagai platelet
- Proses pembekuan darah yang kurang berkesan
Platelet adalah sel yang dihasilkan oleh sumsum tulang. Apabila terdapat kecederaan pada salur darah, platelet akan melekat pada lapisan salur darah yang terdedah (tisu perantaraan subendothelial) untuk membentuk plak mekanikal.
Fibrin memerangkap platelet yang terkumpul di tempat salur darah yang terluka dan menukar plak platelet yang kurang stabil untuk membentuk plak hemostatik yang stabil.
Proses pembentukan fibrin melibatkan satu sistem amplifikasi biologi yang dipanggil laluan pembekuan (coagualation pathway).
Semasa sistem pembekuan ini beroperasi faktor-faktor pembekuan darah akan tertumpu pada tempat yang tercedera. Kini terdapat 14 faktor pembekuan darah yang diketahui dan masalah dalam mana-mana faktor ini boleh mengganggu sistem pembekuan dan menyebabkan masalah pendarahan.
Terdapat banyak penyakit yang boleh menyebabkan mudah lebam di kalangan kanak-kanak. Sebahagiannya lebih kerap berlaku berbanding yang lain. Antaranya adalah:
- Permasalahan Salur Darah (Gangguan vaskular)
- Masalah Kuantitatif Platlet
- Masalah Kualitatif Platlet
- Masalah Proses Penggumpulan
IMedikel TV