HIBISCUS PETROLEUM MANFAAT LIMPAHAN EKONOMI DI TOK BALI

HIBISCUS PETROLEUM MANFAAT LIMPAHAN EKONOMI DI TOK BALI

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Syarikat penerokaan dan pengeluaran minyak dan gas, Hibiscus Petroleum Berhad (Hibiscus Petroleum) memanfaatkan limpahan ekonomi di kawasan Tok Bali sebagai salah satu hab operasi sumber asli.

Country manager Hibiscus Malaysia Vietnam, Dr Pascal Hos, berkata Tok Bali adalah salah satu tempat bekalan minyak dan gas.

“Kami sentiasa mencari cara baru untuk membantu masyarakat sekitar Tok Bali dan memastikan ianya dapat memberi kesan positif, bukan sahaja kepada Tok Bali, malah kepada penduduk sekitar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Hibiscus Petroleum, di sini, semalam.

Jelas beliau pihaknya juga mendapat sokongan daripada kerajaan negeri, malah turut bekerjasama dengan agensi lain sepanjang masa tanpa sebarang aduan.

“Semuanya berjalan dengan lancar. Oleh itu, dari segi apa yang kami cari pada masa hadapan, kami menjalankan program CSR bagi mendekati agensi kerajaan, sekolah, di samping membantu masyarakat dengan sebaiknya,” katanya.

Sejak beroperasi di Tok Bali, pihaknya sudah menyelesaikan perpindahan dari Kemaman ke Tok Bali.

“Semua kakitangan telah berpindah dari Kemaman ke Tok Bali dan sangat aktif menjalankan kempen penggerudian keluar dari Tok Bali dan kami akan menjadi aktif dalam tempoh dua setengah tahun akan datang,” katanya.

Katanya Hibiscus Petroleum mula menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Kelantan, dan berhasrat mengembangkannya pada masa hadapan.

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *