TIGA PEGAWAI PENGUAT KUASA UNDANG-UNDANG TERBUNUH DI CAROLINA UTARA

TIGA PEGAWAI PENGUAT KUASA UNDANG-UNDANG TERBUNUH DI CAROLINA UTARA

CHARLOTTE, Carolina Utara: Tiga pegawai penguat kuasa terbunuh manakala empat lagi cedera ditembak di Charlotte, Carolina Utara, dan seorang suspek ditemui mati, semalam.

Ketua Jabatan Polis Charlotte-Mecklenburg, Johnny Jennings, berkata ketiga-tiga pegawai yang terbunuh adalah sebahagian daripada Pasukan Petugas Marshall Amerika Syarikat (AS), terdiri daripada pegawai dari pelbagai agensi.

“Hari ini adalah hari tragis untuk bandar Charlotte dan profesion penguatkuasaan undang-undang. Hari ini kami kehilangan beberapa wira yang ingin menjaga keselamatan komuniti kami.” katanya pada sidang akhbar.

Jennings berkata, pegawai yang terbunuh itu cuba menyampaikan waran kerana memiliki senjata api oleh penjenayah yang disabitkan kesalahan.

Katanya, mereka tiba di kediaman di mana suspek berada dan dia mula melepaskan tembakan ke arah pegawai.

Susulan itu, katanya, mereka membalas tembakan dan suspek terbunuh di halaman depan.

Pegawai kemudian melepaskan tembakan dari dalam rumah. Selepas keadaan tegang berakhir, pasukan SWAT menahan dua orang yang berada di dalamnya.

Jennings berkata, sekurang-kurangnya seorang daripada mereka dipercayai melepaskan tembakan ke arah pegawai berkenaan.

Selain tiga pegawai yang terbunuh, katanya, empat anggota Jabatan Polis Charlotte-Mecklenburg yang bertindak balas ke tempat kejadian telah ditembak.

Seorang pegawai dalam keadaan kritikal manakala tiga lagi stabil. -REUTERS, BH Online-

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *