Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Umumnya, bintik hitam sangat lazim berlaku kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah wajah terutama jerawat.
Ia adalah sejenis benjolan kecil di muka kerana liang roma terbuka dan tersumbat (lubang-lubang bulu).
Bintik hitam boleh berlaku kerana kulit yang berminyak, sel kulit mati dan bakteria pada wajah serta boleh muncul pada semua peringkat usia tetapi kebanyakkannya dalam kalangan remaja.
Penghasilannya juga disebabkan oleh kulit wajah yang terdedah kepada persekitaran kotor atau hormon yang tidak stabil dalam badan.
Mengikut kajian, faktor lain munculnya bintik hitam adalah kerana perubahan hormon yang akan meningkatkan penghasilan minyak semasa remaja ketika menstruasi atau mengambil pil perancang kehamilan.
Selain itu, pengambilan sesetengah jenis ubat seperti kortikosteroid, lithium atau androgen, produk kosmetik, pembersih atau pakaian yang menutup liang roma, peluh berlebihan atau tinggi kelembapan dan faktor permakanan, penyakit atau ubatan yang menggalakkan pertumbuhan kulit dengan kadar cepat.
Walaubagaimanapun, penyingkiran bintik hitam pada muka boleh meninggalkan lubang pada kulit dan membuatkan seseorang kurang yakin.
Oleh itu, terdapat pelbagai cara untuk bantu mengurangkan dan mencegah jerawat bintik hitam di muka ini.
Cara untuk menghilangkan bintik hitam di muka:
- Tentukan jenis kulit: Sesetengah orang mempunyai jenis kulit sensitif jadi mereka perlu memilih produk yang betul untuk jenis kulit tersebut.
- Mengewap: Sebelum menarik bintik hitam keluar, liang pori perlu dilonggarkan. Oleh itu, mengewap adalah langkah bijak untuk dilakukan sebelum mengeluarkan blackhead.
- Jangan memicit jerawat: Kebiasaanya orang yang memicit blackhead adalah untuk mengeluarkannya. Ini adalah cara yang salah untuk merawat kulit kerana memicit akan menyebabkan keradangan dan jangkitan kulit.
- Rujuk doktor jika makin teruk: Doktor boleh melakukan pemeriksaan perubatan untuk mengetahui tahap masalah bintik hitam dan mencadangkan penyelesaian yang sesuai untuk kulit.
- Bersihkan kulit selepas mekap dengan betul: Basuh wajah apabila bangun dan sebelum tidur untuk membuang kumpulan minyak yang boleh menyebabkan jerawat.
IMedikel TV