KAWAL BERAT BADAN DENGAN “BRISK WALK”

KAWAL BERAT BADAN DENGAN “BRISK WALK”

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Ramai orang sedang mencari cara untuk menurun atau mengawal berat badan.

Tanpa mereka sedari “brisk walk” boleh menjadi pilihan yang terbaik buat mereka khususnya yang sering sibuk dalam kehidupan sehingga tidak mempunyai cara yang lebih aktif dalam menjaga kesihatan.

Ini kerana ramai yang tidak berupaya melakukan larian atau berjoging kerana senaman itu memerlukan lebih banyak tenaga.

Namun sebenarnya, “brisk walk” adalah cara paling mudah untuk membakar kalori dalam badan.

Persoalannya apa itu “brisk walk”?

Mungkin ramai yang tidak sedar “brisk walk” adalah aktiviti berjalan dengan laju yang boleh memacu degupan jantung lebih cepat daripada berjalan biasa.

Tetapi untuk memastikan senaman ini berkesan, jangan hanya berjalan seperti biasa. Kita perlu menambah sedikit kelajuan atau cari laluan yang sedikit berbukit.

Hampir semua orang tidak kira usia boleh melakukan aktiviti berjalan laju atau ia dikenali sebagai aktiviti kardiovaskular.

Berjalan laju memberi beberapa kebaikan untuk kesihatan fizikal, antaranya:

KEBAIKAN

  1. Bantu menurunkan berat badan
    • Ketika kita berjalan cepat, tubuh kita menggunakan lebih banyak tenaga berbanding ketika kita berjalan dengan biasa.
    • Ini bermakna, semakin cepat kita berjalan, semakin banyak kalori yang kita bakar.

    2. Tingkatkan kesihatan jantung

      • Ia membantu meningkatkan sirkulasi darah, menurunkan tekanan darah, dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan strok.

      3. Baiki postur badan dan kekuatan otot

        • Berjalan cepat dengan semula jadi akan membina otot-otot di kaki, pinggul, dan tengah badan, membantu berjalan dengan postur yang lebih baik, dan juga boleh mengurangkan risiko cedera dan sakit belakang.

        4. Meningkatkan keupayaan pernafasan

          • Semasa berjalan cepat, kita akan bernafas lebih laju dan mendalam, oksigen akan lebih banyak masuk ke dalam darah sekaligus boleh membantu menjadikan sistem pernafasan lebih cekap.

          5. Memperbaiki kualiti tidur

            • Berjalan laju dapat membantu memperbaiki kualiti tidur dengan meredakan stres dan memberikan rasa letih yang baik pada badan.

            Ia adalah aktiviti yang mudah dan senang dilakukan. Aktiviti ini boleh dilakukan minimum 20 minit dalam sehari.

            Leave a Reply

            Your email address will not be published. Required fields are marked *