TUKANG GUNTING RAMBUT MENGAKU TIDAK BERSALAH ROMPAK BERSENJATA BERKUMPULAN

TUKANG GUNTING RAMBUT MENGAKU TIDAK BERSALAH ROMPAK BERSENJATA BERKUMPULAN

Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang tukang gunting didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata berkumpulan terhadap seorang lelaki pada 16 Mei lepas.

Tertuduh, Mohamad Altaf Isyraf Zazlan, 21 bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim
Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama tiga orang yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan mendatangkan ketakutan kepada Muhammad Safuan Hariss Ibrahim, 26 dan merampas sebuah motosikal jenama Yamaha warna merah, tiga unit telefon bimbit berjenama di Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian 11 pagi, 16 Mei lalu.

Dalam kejadian tersebut turut dirampas satu satu kerongsang emas milik ibu mangsa.

Lelaki itu juga didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Timbalan Pendakwaraya Siti Edabayu Subhan tidak menawarkan jaminan dan tertuduh diwakili Peguam Muhammad Zulfaqar Al Basysyar dan Taufik Rusli.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin .

Mahkamah menetapkan 25 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula.

IMEDIKEL TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *