LONDON: Tottenham Hotspur sudah mencapai persetujuan untuk melanjutkan tempoh pinjaman penyerang Timo Werner dari RB Leipzig hingga hujung musim depan, menurut kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu semalam.
Pemain berusia 28 tahun itu tiba secara perjanjian pinjaman dari kelab Jerman itu pada Januari lalu dan beraksi secara kerap di bawah kendalian pengurus Ange Postecoglou pada babak kedua musim lalu.
Werner dari Jerman menjaringkan dua gol dan mencipta tiga umpanan gol dalam 13 perlawanan liga tetapi terlepas beberapa perlawanan terakhir Spurs kerana kecederaan hamstring.
Perjanjian baharu itu termasuk pilihan untuk menjadikannya perpindahan tetap.
Spurs berakhir di tangga kelima EPL untuk layak beraksi dalam Liga Europa. – REUTERS,BH Online –
Imedikel TV