NAVAS MAHU JULANG TROFI EURO KALI KEDUA

NAVAS MAHU JULANG TROFI EURO KALI KEDUA

BERLIN: Pemain Sepanyol, Jesus Navas akan bersara pada penghujung tahun ini dan mengalami sakit pinggul selama lima musim, namun ia tidak menghalang pemain berusia 38 tahun itu daripada bertarung untuk trofi terakhir berdepan England di final Euro 2024.

Navas yang sudah bersama pasukan selama 15 tahun adalah satu-satunya pemain dari generasi emas La Roja yang menjulang Piala Dunia dan kejuaraan Eropah lebih sedekad lalu.

Pemenang Piala Dunia 2010 dan juara Eropah dua tahun kemudian, Navas mahu menutup kariernya yang penuh sensasi dengan satu lagi gelaran.

“Saya ada masalah dengan pinggul saya selama empat ke lima tahun tetapi saya masih bermain… negara saya adalah segala-galanya buat saya.

“Selepas ini (persaraan), semuanya menyakitkan tetapi ia adalah mengenai bagaimana kita memberikan yang terbaik dan kekal menjadi pemain yang merendah diri.

“(Morata) mengatakan ia adalah waktu yang tepat untuk saya berhadapan dengan media. Selepas pelbagai final yang saya lalui, ini mungkin adalah permainan terakhir dan saya sangat menghargainya,” kata Navas.

Kemenangan di final Euro 2024 akan menyaksikan Sepanyol mencipta rekod dengan gelaran Eropah keempat tetapi Navas menegaskan mereka perlu kekal merendah diri.

“England adalah pasukan yang besar dan memiliki pemain berkelas dunia. Ia akan menjadi aksi yang sukar dan kami tahu bagaimana rumitnya untuk memenangi sesuatu gelaran.

“Kami berdepan lawan yang hebat tetapi kami hanya memikirkan mengenai pasukan kami sendiri, cuba bermain dengan cara yang sama.

“Perasaannya sama seperti perlawanan sebelum ini. Kami tampil dengan semangat, keterujaan dan keyakinan yang sama,” katanya. – REUTERS-BH ONLINE-

Imedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *