ALI XPDC BOLEH BERNAFAS SEPERTI BIASA

ALI XPDC BOLEH BERNAFAS SEPERTI BIASA

KUALA LUMPUR: Isteri penyanyi, Ali XPDC iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned memaklumkan kesihatan suaminya semakin baik dan sudah boleh bernafas seperti biasa tanpa bantuan oksigen.

Sharifah Azuwanna berkata, doktor memberi ubat yang paling bagus untuk merawat masalah jantung Ali yang lemah.

“Alhamdulillah, doktor beritahu keadaan suami semakin positif. Kadang-kadang saja dia perlukan bantuan oksigen untuk bernafas.

“Selera makan pun okay sepanjang dirawat di sini. Doktor dan jururawat juga menjaga suami dengan baik,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Sharifah Azuwanna, Ali juga tidak jadi dipindahkan ke Hospital Serdang kerana keadaannya makin stabil.

“Suami masih lagi dirawat di hospital di Ipoh kerana doktor beritahu paling lama pun lima hari dia akan ditahan di wad kerana pihak hospital di sini ada ‘link’ (rangkaian) dengan doktor pakar.

“Insya-Allah, jika semuanya okay, dia sudah boleh keluar dari wad dan dibenarkan pulang ke rumah esok atau lusa (Isnin),” katanya.

Baru-baru ini, penyanyi XPDC Militia ini dimasukkan ke unit kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak, selepas mengalami semput dan kesukaran bernafas.

Sharifah Azuwanna turut membawa suaminya mendapatkan rawatan perubatan Islam bagi merawat penyakit jantung yang dihidapinya. – BH Online –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *