KHASIAT ALOE VERA PADA KULIT WAJAH

KHASIAT ALOE VERA PADA KULIT WAJAH

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Semakin meningkat usia, sudah tentu kita lebih mementingkan kecantikan kulit bukan sahaja untuk wanita malah lelaki juga tampil dengan penuh keyakinan dengan kulit wajah yang cantik.

Malah pelbagai cara dan produk kecantikan telah digunakan untuk mendapat kulit idaman, sihat dan cantik.

Ini kerana kulit wajah adalah perkara utama yang dilihat apabila berkomunikasi dengan orang lain.

Pernahkah anda cuba memakai bahan semula jadi seperti aloe vera atau lidah buaya pada kulit wajah?

Ketahuilah aloe vera mempunyai pelbagai khasiat yang boleh didapati apabila digunakan sebagai rutin harian sama ada untuk kegunaan luaran mahupun dalaman.

Tidak hairanlah segelintir masyarakat yang tinggal di sekitar kampung sering menanam pokok aloe vera kerana mempunyai pelbagai khasiat yang baik pada wajah.

KHASIAT ALOE VERA

  1. Melembapkan wajah: aloe vera adalah bahan yang memiliki kandungan air yang tinggi dan efektif untuk melembapkan kulit tanpa  berminyak.
  2. Mengurangkan keradangan: mempunyai sifat anti-inflamasi yang dapat membantu meredakan kemrahan dan keradangan pada kulit termasuk jerawat.
  3. Menyembuhkan luka dan bekas luka: membantu mempercepat proses pemnyembuhan luka dan memudarkan parut jerawat.
  4. Menenangkan kulit terbakar matahari: memulihkan kulit wajah yang terbakar akibat cahaya matahari.
  5. Melambatkan proses penuaan: kandungan antioksidan dalam aloe vera, seperti vitamin c dan e membantu melambatkan penuaan, garis halus, dan kerutan.

Bagaimanapun, orang ramai bukan sahaja menggunakan aloe vera yang diambil daripada pokok itu sendiri tetapi mereka sering menggunakan aloe vera menerusi produk perawatan kulit seperti masker, pelembap atau gel aloe vera.

Imedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *