Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
TANAH MERAH: Seorang lelaki warga asing ditahan dalam Operasi Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di sekitar Tanah Merah, di sini, kelmarin.
Dalam serbuan yang diketuai oleh pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan itu, pihaknya turut merampas kenderaan dan muatan disyaki berisi minyak petrol dipercayai akan diselewengkan.
Berikutan itu, pegawai penguatkuasa KPDN membuat permohonan reman terhadap suspek di Mahkamah Sesyen Tanah Merah, di sini, semalam.
Permohonan telah dibenarkan tahanan reman selama satu hari oleh Hakim Mohamad Hafizul Awang bagi tindakan melengkapkan siasatan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu dan RM 2 juta bagi perbadanan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
KPDN Kelantan memberikan amaran keras kepada mana-mana individu yang menjalankan aktiviti yang tidak bermoral ini, seterusnya tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi. – KPDN –
IMedikel TV