Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Menjadi mimpi ngeri bagi golongan wanita apabila diserang oleh senggugut ketika haid.
Ini kerana berlaku kekejangan ketika haid dengan gangguan sehari atau dua hari sebelum datang bulan atau mungkin boleh berterusan sepanjang haid.
Justeru, segelintir wanita pasti pernah mengalaminya sama ada bergejala ringan atau teruk.
Oleh itu, sakit tersebut tidak boleh dipandang enteng, sekiranya menyerang para wanita, ia cenderung menjejaskan tahap kualiti hidup sekaligus membantutkan kerja harian mereka.
Persoalannya apa bagaimanakah cara untuk meredakan sakit sengugut yang teruk dalam kalangan wanita?
Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh dicuba:
- Pemanasan: letakkan botol air panas pada bahagian bawah perut atau belakang untuk membantu mengurangkan kekejangan otot.
- Senaman ringan: wanita yang suka berjalan, yoga atau melakukan senaman ringan dapat meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan sakit sengugut.
- Urutan: urut perlahan-lahan di bawah perut dengan Gerakan membulat untuk membantu meredakan ketegangan otot.
- Diet seimbang: jaga pengambilan makanan, elakkan makanan berminyak, atau yang menyebabkan kembung dan ketidakselesaan pada perut.
- Mandi air suam: boleh membantu melegakan kekejangan otot.
Bagaimanapun, keberkesanan kaedah tersebut mungkin berbeza dan bergantung kepada wanita tersebut malah disarankan mereka perlu mencuba beberapa cara untuk melihat keberkesanannya.
IMedikel TV