PRK NENGGIRI: PERATUSAN KELUAR MENGUNDI MENCAPAK SASARAN LEBIH 60 PERATUS

PRK NENGGIRI: PERATUSAN KELUAR MENGUNDI MENCAPAK SASARAN LEBIH 60 PERATUS

Oleh: Afrizam Arif@Imedikel TV

GUA MUSANG: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.43 Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mencatatkan 71.87 peratus sehingga pukul 4 petang, semalam.

Dalam kenyataan semalam, peratusan tersebut menunjukkan sasaran SPR yang menjangkakan peratusan keluar mengundi hari ini melebihi 60 peratus sudah tercapai.

PRK Nenggiri kali ini menyaksokan sebanyak 20 pusat pengundiandibuka serentak pada bermula pukul 8 pagi, semalam.

Terdapat 14 pusat pengundian dibuka sehingga pukul 6 petang dan enam pusat pengundian ditutup lebih awal.

Empat pusat mengundi ditutup pada petang tadi melibatkan pengundi Orang Asli di Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai, manakala dua lagi ditutup pada pukul 3 petang melibatkan Dewan Orang Ramai Pos Simpor dan SK Pulat.

Pada PRK N.43 DUN Nenggiri ini, berlaku pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS, Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Seramai 20,216 pengundi di N.43 DUN Nenggiri menjalankan tanggungjawab memilih calon masing-masing.

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *