RODRIGUEZ KEMBALI KE LA LIGA BERSAMA VALLECANO

RODRIGUEZ KEMBALI KE LA LIGA BERSAMA VALLECANO

MADRID: Kapten Colombia, James Rodriguez kembali ke La Liga Sepanyol bagi tempoh kedua selepas menandatangani kontrak bersama Rayo Vallecano secara perpindahan percuma, umum kelab Sepanyol itu semalam.

Pemain berusia 33 tahun itu, yang melakukan 125 penampilan buat kelab gergasi La Liga, Real Madrid antara tahun 2014 hingga 2020, menyertai Vallecano selepas meninggalkan kelab Brazil, Sao Paulo.

Vallecano bagaimanapun tidak mendedahkan jangka masa kontrak pemain tengah itu.

Rodriguez, yang beraksi 106 kali bersama negaranya, bertindak cemerlang pada kempen Copa America apabila dia menjaringkan satu gol dan melakukan enam umpanan gol sekali gus mengemudi Colombia ke final dan dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan.

Colombia tumpas 1-0 di tangan Argentina pada final di Miami, Amerika Syarikat awal bulan lalu.

Vallecano akan melayan kunjungan Barcelona dalam La Liga awal pagi esok. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *